Tuesday, June 21, 2011

inna a'malu binniat~

Bismillah..

Em, selepas disuruh oleh rakan untuk meng-update blog ni dan hasil kesedaran diri sendiri, ana mula berfikir akan apa yg ingin disampaikan pada kali ini. Selepas terbaca di dalam grup pelajar-pelajar KMB, ana terfikir untuk berkongsi dgn antum semua tentang hadis 40. Mungkin ada yg masih samar-samar tentang hadis 40 ni. Jadi, ana pun mengambil keputusan untuk memenuhkan blog ana dgn hadis-hadis tersebut. Semoga semua org mendapat manfaatnya. Ana mulakan dengan hadis yg pertama berkenaan dgn niat. Insya-Allah selepas ini ana akan menyusul dgn hadis-hadis yg lain pula.

HADIS 1

 “Daripada  Amirul  Mukminin  Abu  Hafsin  'Umar  ibn  al-Katthab  r.a.  beliau  berkata : Aku  mendengar Rasulullah SAW bersabda : Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang  apa  yang  dia  niatkan.  Barangsiapa yang  hijrahnya  menuju  kepada  Allah  dan  RasulNya,  maka hijrahnya  kepada  Allah  dan  RasulNya. Barangsiapa  yang  hijrahnya  kerana  dunia  yang  dia  mahu mencari  habuannya,  atau  kerana  seorang  perempuan  yang  dia  mahu  kahwininya,  maka  hijrahnya  ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Hadis  ini  diriwayat  oleh  dua  orang  Imam  Ahli  Hadis;  Abu  Abdullah  Muhammad  ibn  Ismail  ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling
sahih (Al-Imam  al-Bukhari  meriwayatkannya  pada  bahagian  awal  kitab  sahihnya,  juga  dalam  Kitab  Iman  dan  beberapa tempat  lain  dalam  kitab  sahihnya). 

Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam. Pokok perbincangan hadis :

1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais 
2) Kenapa niat penting :
·         untuk bezakan ibadat dengan adat.
·         untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.
3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid’ah mungkarah :
·         tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie : sunnat.
·         haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat).      
4) Kesan niat baik pada  perkara yang harus :
·         dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya.
·         makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri)
·         jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak).

Antara pengajaran hadis:

Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau
amalan  yang  baik  tetapi  dijalankan  tidak  mengikut  aturan  syara',  tidak  membawa  apa-apa  faedah
walaupun  dilakukan  dengan  niat  yang  baik.  Demikian  juga  amalan  baik  jika  diniatkan  bukan  kerana Allah,  seumpama  kerana  riya',  menunjuk-nunjuk  atau  kerana  suatu  tujuan  duniawi,  maka  ia  tidak memberikan apa-apa faedah. Ulama  ada  berkata: 

“Boleh  jadi  suatu  amalan  kecil  menjadi  besar  kerana  niat  dan  suatu  amalan  yang besar menjadi kecil kerana niat”

Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya. Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya. Walaupun  hijrah  sudah  tiada  lagi,  namun  hijrah  dengan  makna  meninggalkan  maksiat  kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.


4 comments: