Sunday, December 26, 2010

hari terakhirku...

 KRRIINNGGG!!! KRRIINNGGG!!!              
                Jam locengku menghentikan tidurku. Hari ini merupakan hari terakhirku menduduki peperiksaan SPM dan secara tidak langsung juga merupakan hari terakhirku bergelar pelajar di bumi SM Sains Johor. Pagi itu, terasa berat sungguh badanku untuk bangun, namun, kugagahi jua. Sepertinya, aku tidak mahu menjalani hari ini kerana beberapa jam sahaja lagi aku bakal berpisah dengan rakan-rakanku yang telah sama-sama bersusah dan bersenang selama hampir 5 tahun.

                Setelah membersihkan diri, aku melakukan aktiviti harianku seperti biasa. Seusai solat subuh secara berjemaah bersama rakan-rakanku di surau Al-Ikhsan, aku mengambil senaskhah Yassin. Duduk di suatu sudut yang sesuai, aku mengelamun jauh bersama bacaanku. Inilah rutinku setiap hari. Kemudian, aku bergerak ke kelas untuk menyiapkan diri sebelum bertempur di medan perang SPM buat kali terakhirnya. Aku tidak bersarapan hari ini kerana ingin berpuasa sunat buat kali terakhirnya di bumi SM Sains Johor. Mungkin susah bagiku untuk berpuasa sunat lagi ketika aku menjejakkan kakiku di sini lagi, fikirku.

                “Acad, jom la gerak ke dewan!” ajak rakan sekelasku.
                “Sebentar…” jawabku lembut.

                Aku dan rakan-rakanku pergi meninggalkan kelas dan bersama-sama ke dewan peperiksaan. Mungkin inilah kali terakhir kami dapat menikmati detik-detik yang menggembirakan seperti ini. Bergurau senda dan saling mengusik.


                Seperti biasa, kami semua akan berhimpun di luar dewan sebelum masuk. Guru subjek peperiksaan pada hari itu akan memberikan amanat terakhir mereka dan jurus-jurus terakhir sebelum melepaskan kami masuk ke dalam dewan. Begitu juga dengan pengetua yang setia bersama-sama kami sebelum bertempur. Kemudian, pelajar bertugas akan melaungkan azan dan membacakan doa. Hari itu, aku ditugaskan untuk membaca doa. Sayu rasanya membacakan doa buat kali terakhirnya bersama-sama ahli The Form Five yang lain. Hari itu, aku mengajak rakan-rakanku manyanyikan lagu sekolah kami buat kali terakhir. Entah bila agaknya kami akan menyanyikan lagu tersebut bersama-sama lagi seperti pagi ini.


                Merdeka!! Merdeka!!

                Rakan-rakanku menjerit kegembiraan setelah selesai menduduki kertas terakhir SPM. Aku turut tidak terkecuali walaupun jauh di sudut hatiku berasa sedih. Masing-masing mengeluarkan kamera mereka untuk merakamkan detik-detik terakhir di bumi SM Sains johor sebagai kenangan yang terindah. Seusai bergambar, aku berjalan pulang ke dormku.

                “Hello, assalamualaikum..”
                “Waalaikumussalam. Hah, ayah dah sampai mana ni?”
                “ Dah dekat dah. Dalam setengah jam lagi nanti ayah sampailah.”
                “Setengah jam? Cepatnya. Oklah, afiq nak kemas barang-barang dulu. Assalamualaikum, hati-hati memandu.”

                Hanya setengah jam sahaja lagi aku akan bersama-sama dengan rakan-rakanku. Kemudian, kami akan berpisah dan membawa haluan masing-masing. Di dorm, aku mengemaskan semua barangku. Satu-persatu barang aku masukkan ke dalam beg. Setiap barangku mempunyai kenangannya yang tersendiri. Setiap kali aku ambil sesuatu, setiap kali itulah aku akan teringatkan sesuatu dan menjadikan diriku semakin sebak. “Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-Mu ini,” doaku.

                “Acad, parents kau datang pukul berapa?”
                “Kejap lagi sampailah.”
                “Cepat?”
                “Ayah aku ada mesyuarat malam ini. Sebab itulah jemput aku awal. Ayah kau?”
                “Dalam pukul 4 nanti.”

                Azuan merupakan antara rakanku yang rapat denganku. Kami berdua sering balik ke rumah bersama-sama memandangkan rumah kami berdua di Melaka. Entah bila agaknya kami akan naik bas bersama-sama lagi pulang ke rumah. Hm….

                Akhirnya, ayahku telah pun sampai. Aku membawa barang-barangku turun ke bawah. Ayahku menawarkan pertolongannya. Tetapi, memikirkannya yang kepenatan terpaksa memandu jauh selepas pulang dari Terengganu, aku menegahnya.


                Setelah usai memenuhkan kereta ayahku, aku naik semula ke asrama untuk berjumpa dengan rakan-rakanku. Seorang demi seorang aku berjumpa, bersalaman dan berpelukan. Semakin lama, semakin banyak air mataku yang mengalir keluar. Tiada perkataan yang mampu aku ucapkan. Hanya ucapan terima kasih yang mampu aku luahkan. Hampir terlupa aku dibuatnya, aku masih belum berjumpa dengan cikgu yang telah banyak menolongku ketika susah. Inilah antara detik yang paling sukar dalam hidupku. setela bersalaman, kami berpelukan. Lama aku dipeluknya seolah-olah dia memahami isi hatiku dan merasakan perkara yang sama seperti apa yang aku rasa. “Terima kasih cikgu!” Itu sahaja yang mampu aku luahkan walaupun banyak lagi yang terbuku di hati kecil ini.


                Akhirnya, perpisahan yang tidak diingini telah pun berlaku. Selamat tinggal SM Sains Johor. Selamat tinggal rakan-rakanku. Selamat tinggal guru-guruku. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. Itulah hari terakhirku di SM Sains Johor dan kali terakhir aku bergelar pelajar sekolah. Entah bila agaknya aku dapat jejakkan kaki ke sekolah lagi…? Hm…

(cte ni da edit ckit..ad yg auta..tp, ckit jela..n ad gak yg xd..rhsia, haha...cte ni aku da pna pblish kt fb via my notes..so, mybe ad org yg da pnah bce..sje nk trnsfer to my new blog..haha..)

sblom bprg

kami budk2 melaka!

tmatnya prg!
tugu ngara bru ke ni..?
kngn bsma2 TF5!

No comments:

Post a Comment