Tuesday, April 19, 2011

sahabatku, dengarlah!



Sahabatku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya.
“Sesungguhnya Kami menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian.”
(Surah At-Tin : 4)

Sedarlah sahabatku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adkah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
“Allah akan mengangkat orang yang beriman antaramu dan orang berilmu beberapa darjat.”
(Surah Al-Mujadilah : 11)

Sahabatku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi dengan iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia.

Ketahuilah sahabatku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
“You are the best ummah.”
(Surah Ali Imran : 110)
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.”
(Surah Al-Hujurat : 13)
Jelaskan visi perjalanan,
“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.”
(Surah Al-Baqarah : 201)
Jadikan ilmu sebagai bekalan,
“Bacalah! Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu ynag menciptakan.”
(Surah Al-Alaq : 1-2)
Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”
(Surah Al-Ahzab : 72)
Ketinggian seseorang kerana iman,
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Surah Ali-Imran : 139)

Lantaran itu, carilah reda Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
(usaha x istiqomah – malas) / (masa + yakin) = kejayaan
“Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.”
(Surah Ar-Ra’ad : 11)
“Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa-apa yang diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata : cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian daripada kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami ialah orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).”
(Surah At-Taubah : 59)

Sahabatku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau sabar, reda dan terus berusaha.
Tapi, kau memang bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.

Sahabatku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selama-lamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan.

Berjuanglah sahabatku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di syurga,
Itu adalah janji-Nya..

*dipetik dan diedit daripada novel Tautan Hati oleh Fatimah Syarha..

1 comment:

  1. waa..page baru...cntik..."pd hari itu tmn mnjadi musuh antara satu sm yg lainnya kcuali bg org yg b'taqwa" (az zukhruf:67)...so pilihlah shbat yg mnjadi teman d aljannah kelak...mantopp dr.acad...

    ReplyDelete