assalamualaikum.
apa khabar da'ie dan da'ieah semua? apa khabar iman anda hari ini? firstly, nak minta maaf kepada sahabat-sahabat atas kelambatan ana meng-update blog ini. bukan sengaja, tapi, ada halangan yang menimpa. ana, baru sahaja mendaftarkan diri di kolej mara banting. jadi, agak sukar untuk mendapatkan talian internet. atas kesempatan yang ana ada ni, ana nak share la dengan antum semua tentang nikmat atau ujian?
pertama-tamanya, ana nak mengajak antum semua merenung sejenak tentang masa lalu antum. banyak tak ujian yang antum telah tempuhi selama ni? semestinya banyak bukan? dan bagaimana pula dengan nikmat yang antum telah peroleh, pasti banyak jugakan? ana nak bawa antum semua berfikir, adakah nikmat yg antum terima itu benar-benar nikmat ataupun hanyalah satu ujian dari Allah yang Maha Esa? cuba antum fikirkan.
sebenarnya, ana hanya nak mengingatkan antum dan diri ana sendiri bagaimana cantiknya cara Allah nak menguji hamba-hamba yang dikasihi-Nya. Dia bukan sahaja memberikan ujian dalam bentuk ujian, malah ada juga ujian yang diberikan-Nya dalam bentuk kenikmatan. subhanallah.
mungkin entry kali ini seperti kurang info mahupun penghayatan, ana minta maaf. sebenarnya, ana nak mengajak antum semua berfikir dan merenung kembali, adakah kita sebenarnya telah berjaya manghadapi ujian dari-Nya ataupun telah tersungkur di tengah-tengah jalan. wallahualam~
No comments:
Post a Comment