Friday, August 26, 2011

izinkan aku melakukannya.

andai masa dapat diputar semula,
ingin sekali aku melakukannya,
kerna..
aku telah jauh,
jauh daripada rahmat-NYA,
hanya kerana diriku sendiri yang tidak kuat,
lemah dengan hasutan syaitan,
lemah dengan pengaruh rakan,
lemah dengan nafsu sendiri,
dan..
lemah dengan seorang insan bernama perempuan..

andai masa dapat diputar semula,
ingin sekali aku melakukannya,
segalanya hanyalah,
untuk bermula dari awal,
saat aku masih dekat dengan-NYA, 
dan..
ingin sekali aku meneruskan,
saat bahagia itu,
bahagia yang akan memberikan aku kebahagiaan yang abadi di akhirat..

namun,
semua itu tidak mampu aku lakukan,
kerna..
aku hanyalah makhluk-NYA yang lemah,
aku tidak mampu mengubah sesuatu yang telah aku lakukan dahulu,
dan..
perkara itu telah lama aku sedari,

walaupun begitu,
aku masih mampu mendekatkan diriku semula dengan-NYA,
kerna..
DIA masih mengurniakan nikmat hidup, iman dan islam kepadaku,
hanyalah untuk,
mentaati-NYA..
YA ALLAH,
izinkan aku melakukannya..

3 comments:

  1. ini dulu yang anda tulis kat
    <---- ke? bukankah?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum~

    wahh, acad pandai buat puisi la. hehe

    btw, masih belum terlambat utk melakukannya. Allah sentiasa membuka pintu buat hamba2Nya untuk berubah. InsyaAllah. Semoga anta berjaya melakukannya!
    =D
    pesanan utk diri yg lemah ini juga!

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam.

    haha. xd la pndai sgt.

    anyway, knpe mcm bru bce je post ni? poem ni da lme ad la dlm blog ni. tp, ad kt sblah ni.
    <------------

    insyaAllah, kalau usaha lebih, Allah akan tolg. =)

    ReplyDelete