Wednesday, November 30, 2011

perlukah?

bismillah..

wah!! penuhnya sawang! fuh! fuh! lama dah tak ber-update. sibuk sangat ke IB ni? entahlah~

hari ni, saya hanya nak buat poll tentang perlukah saya meng-demolish ini blog. tiba-tiba rasa macam tak perlu la pula nak ada dua blog ni. kalau nak berdakwah pon, di mana-mana pon boleh. Islam tu kan mudah lagi memudahkan. *sambil angkat kening double-jerk dan senyum melebar. 

hasil dari pengaruh inche gabbana lah saya terfikir pasal ni. *inche gabbana lagi, hebat sangatkah dia? 

jadi, perlu atau tidak? kalau nak undi, undi di sebelah eh. dateline weekend ni. selamat beramal!

Monday, August 29, 2011

graduation day!

bismillah....

eventually, the graduation day has come. means, our study in madrasah Ramadan almost come to the end. so, what we already done actually? are we make full use with the ramadan or vice versa? ok, let us check back.

are we fully completed our fasting exam?
(women excluded)

are we finish with the task of reading 30 chapter of the Ultimate Course Companion?

are we really fulfill ramadan's days with extra exercise?

are we get enough sleep at the last 10 days of ramadan?

are we really shopping well in this month mega pahala?

are we take all the advantage given by The Great Creator this month? 

are we?

answer it by ourselves.
hopefully it'll would be a satisfying answer.
if not, let us muhasabah ourselves back.
correct the incorrect things.
fill in the blanks.
add some more knowledge and do more practice.

"ramadan come and left. it surely will come again next year. but, are we surely will meet 'him' again next year?"

*hope, this short entry can delight ourselves and improve our iman, taqwa and amal. sorry for the broken english. i'm not so good in english actually. trying to improve it. have a blast last day of ramadan! hepi eid! 'asif 'ala kulli hal~

Friday, August 26, 2011

izinkan aku melakukannya.

andai masa dapat diputar semula,
ingin sekali aku melakukannya,
kerna..
aku telah jauh,
jauh daripada rahmat-NYA,
hanya kerana diriku sendiri yang tidak kuat,
lemah dengan hasutan syaitan,
lemah dengan pengaruh rakan,
lemah dengan nafsu sendiri,
dan..
lemah dengan seorang insan bernama perempuan..

andai masa dapat diputar semula,
ingin sekali aku melakukannya,
segalanya hanyalah,
untuk bermula dari awal,
saat aku masih dekat dengan-NYA, 
dan..
ingin sekali aku meneruskan,
saat bahagia itu,
bahagia yang akan memberikan aku kebahagiaan yang abadi di akhirat..

namun,
semua itu tidak mampu aku lakukan,
kerna..
aku hanyalah makhluk-NYA yang lemah,
aku tidak mampu mengubah sesuatu yang telah aku lakukan dahulu,
dan..
perkara itu telah lama aku sedari,

walaupun begitu,
aku masih mampu mendekatkan diriku semula dengan-NYA,
kerna..
DIA masih mengurniakan nikmat hidup, iman dan islam kepadaku,
hanyalah untuk,
mentaati-NYA..
YA ALLAH,
izinkan aku melakukannya..

Thursday, August 25, 2011

ramadan hampir pergi. kita bagaimana?

assalamualaikum..

kaifa halukum? lama benar rasanya ana tak jenguk blog ni. sampai kena sound lagi dengan kawan-kawan suruh update. maaflah, bukan tak nak update. tiada masa. al maklumlah, sejak bergelar pelajar kolej mara banting ni, sibuk je sentiasa. ok, hari ni ana nak bawa antum selusuri semula fikrah kita. 

alang-alang kia berada dalam bulan yang mulia sekarang ni, penghulu segala bulan, ramadan al-karim, ana nak mengajak antum merenung kembali. sekarang ni kita telah pun berada dalam fasa ke 3, fasa terakhir. beberapa hari sahaja lagi ramadan bakal meninggalkan kita. apakah perasaan kita sebenarnya? gembira kerana dah tak perlu puasa? gembira kerana dah nak raya? sedih kerana ramadan akan meninggalkan kita? risau tak dapat berjumpa lagi dengan ramadan akan datang? yang mana satu?

ana sangat sedih apabila melihat kembali bagaimana fenomena akhir ramadan di negara yang kita cintai ni. benar, negara kita memang sebuah negara islam. tapi, sejauh manakah islam itu dipraktikkan? apabila tiba sahaja penghujung ramadan, media-media akan mula mendendangkan lagu-lagu raya. untuk apa? supaya umat islam terus lalai dan alpa. supaya umat islam terus sibuk memikirkan syawal lebih dari ramadan yang sedang berangkat pergi tak lama sahaja lagi.

sedih rasanya apabila ana terdengar lagu raya sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah dari kolej. bukan sedih kerana sayu dah nak raya, tidak. tapi, sedih dengan fenomena yang berlaku sekarang ni. anak-anak kini telah terdidik secara automatik oleh media-media bahawa penghujung ramadan adalah waktu untuk bergembira kerana bakal menamatkan sengsara puasa dan akan menyambut hari raya. perasaan sedih dan risau tak dapat bertemu ramadan lagi pada tahun berikutnya tidak sempat bercambah dalam diri anak-anak ini malah terus mati dibunuh oleh media-media sekarang. mahukah kita anak-anak ini membesar terus dengan mentaliti sebegini? mahukah kita generasi kini akan mewariskan mentaliti tersebut kepada generasi akan datang? mahukah?

cuba kita singkap kembali tirai sejarah. bagaimana reaksi para sahabat apabila tibanya penghujung ramadan. bagaimana? bukankah mereka semua menangis, sedih? bukankah mereka risau jika mereka tidak mampu sampai ke ramadan seterusnya? tapi, bagaimana pula dengan kita? itulah persoalannya yang ana nak bawa dan nak antum serta diri ana sendiri yang jawab kerana jawapan itu hanya ada pada kita. 

benar, ana juga pernah menjadi sebahagian daripada mereka. seronok apabila berada di penghujung ramadan. tapi, itu hanyalah sejarah. kini tidak lagi. jadi, mengapa antum tidak? masih belum terlambat lagi. masih ada beberapa hari lagi ramadan untukdi nikmati kerana sesungguhnya, ramadan ini adalah anugerah dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah tanpa kita sedari. so, jomlah kita tambah amal kita. penuhkan hari-hari terakhir ramadan kita pada kali ini dengan amal ibadah. mungkin, ini adalah ramadan kita yang terakhir kalinya.wallahualam~

Sunday, July 10, 2011

nikmat atau ujian?

assalamualaikum.

apa khabar da'ie dan da'ieah semua? apa khabar iman anda hari ini? firstly, nak minta maaf kepada sahabat-sahabat atas kelambatan ana meng-update blog ini. bukan sengaja, tapi, ada halangan yang menimpa. ana, baru sahaja mendaftarkan diri di kolej mara banting. jadi, agak sukar untuk mendapatkan talian internet. atas kesempatan yang ana ada ni, ana nak share la dengan antum semua tentang nikmat atau ujian?

pertama-tamanya, ana nak mengajak antum semua merenung sejenak tentang masa lalu antum. banyak tak ujian yang antum telah tempuhi selama ni? semestinya banyak bukan? dan bagaimana pula dengan nikmat yang antum telah peroleh, pasti banyak jugakan? ana nak bawa antum semua berfikir, adakah nikmat yg antum terima itu benar-benar nikmat ataupun hanyalah satu ujian dari Allah yang Maha Esa? cuba antum fikirkan.

sebenarnya, ana hanya nak mengingatkan antum dan diri ana sendiri bagaimana cantiknya cara Allah nak menguji hamba-hamba yang dikasihi-Nya. Dia bukan sahaja memberikan ujian dalam bentuk ujian, malah ada juga ujian yang diberikan-Nya dalam bentuk kenikmatan. subhanallah. 

mungkin entry kali ini seperti kurang info mahupun penghayatan, ana minta maaf. sebenarnya, ana nak mengajak antum semua berfikir dan merenung kembali, adakah kita sebenarnya telah berjaya manghadapi ujian dari-Nya ataupun telah tersungkur di tengah-tengah jalan. wallahualam~

Tuesday, June 21, 2011

di manakah da'ie dan da'ieah skrg?

assalamualaikum..

kaifa halukum da'ie dan da'ieah sekalian?
hari ni, ana nak kongsikan dengan antum artikel yang ana bru shja bace di HM sbntar td.
HM minggu lepas tak silap ana.
rase trpanggil pula untuk mnyahut sruan krjaan.


PERLU RAMAI BLOGGER ISLAMIK

perlukah sbnrnya? bagi ana, mmg perlu sama sekali.
kenapakah? perlulah seiring dengan peredaran zaman.
islam pun menyuruh kita berdakwah penuh hikmah, bukankah begitu?
jadi, berblogging juga mampu berdakwah kpd orang ramai.
oleh itu, ana nak mengajak rakan-rakan blog ana,
bersama-sama menegakkan kembali syiar islam.
kalau bukan kita, siapa lagi?
 kalau bukan sekarang, bila lagi?
mungkin akan ada yg manyatakan bahawa mereka belum layak lg nak berdakwah.
mereka mungkin silap.
Rasulullah saw sendiri pun tak melarang orang yg baru memeluk islam untuk berdakwah.
jadi, mengapa kita yg telah dilahirkan sebagai islam tidak?
fikir-fikirkanlah da'ie dan da'ieah sekalian.


inna a'malu binniat~

Bismillah..

Em, selepas disuruh oleh rakan untuk meng-update blog ni dan hasil kesedaran diri sendiri, ana mula berfikir akan apa yg ingin disampaikan pada kali ini. Selepas terbaca di dalam grup pelajar-pelajar KMB, ana terfikir untuk berkongsi dgn antum semua tentang hadis 40. Mungkin ada yg masih samar-samar tentang hadis 40 ni. Jadi, ana pun mengambil keputusan untuk memenuhkan blog ana dgn hadis-hadis tersebut. Semoga semua org mendapat manfaatnya. Ana mulakan dengan hadis yg pertama berkenaan dgn niat. Insya-Allah selepas ini ana akan menyusul dgn hadis-hadis yg lain pula.

HADIS 1

 “Daripada  Amirul  Mukminin  Abu  Hafsin  'Umar  ibn  al-Katthab  r.a.  beliau  berkata : Aku  mendengar Rasulullah SAW bersabda : Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang  apa  yang  dia  niatkan.  Barangsiapa yang  hijrahnya  menuju  kepada  Allah  dan  RasulNya,  maka hijrahnya  kepada  Allah  dan  RasulNya. Barangsiapa  yang  hijrahnya  kerana  dunia  yang  dia  mahu mencari  habuannya,  atau  kerana  seorang  perempuan  yang  dia  mahu  kahwininya,  maka  hijrahnya  ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Hadis  ini  diriwayat  oleh  dua  orang  Imam  Ahli  Hadis;  Abu  Abdullah  Muhammad  ibn  Ismail  ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling
sahih (Al-Imam  al-Bukhari  meriwayatkannya  pada  bahagian  awal  kitab  sahihnya,  juga  dalam  Kitab  Iman  dan  beberapa tempat  lain  dalam  kitab  sahihnya). 

Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam. Pokok perbincangan hadis :

1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais 
2) Kenapa niat penting :
·         untuk bezakan ibadat dengan adat.
·         untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.
3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid’ah mungkarah :
·         tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie : sunnat.
·         haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat).      
4) Kesan niat baik pada  perkara yang harus :
·         dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya.
·         makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri)
·         jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak).

Antara pengajaran hadis:

Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau
amalan  yang  baik  tetapi  dijalankan  tidak  mengikut  aturan  syara',  tidak  membawa  apa-apa  faedah
walaupun  dilakukan  dengan  niat  yang  baik.  Demikian  juga  amalan  baik  jika  diniatkan  bukan  kerana Allah,  seumpama  kerana  riya',  menunjuk-nunjuk  atau  kerana  suatu  tujuan  duniawi,  maka  ia  tidak memberikan apa-apa faedah. Ulama  ada  berkata: 

“Boleh  jadi  suatu  amalan  kecil  menjadi  besar  kerana  niat  dan  suatu  amalan  yang besar menjadi kecil kerana niat”

Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya. Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya. Walaupun  hijrah  sudah  tiada  lagi,  namun  hijrah  dengan  makna  meninggalkan  maksiat  kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.


Saturday, June 11, 2011

mari belajar bahasa syurga!

Em, ana bukanlah pandai sgt nk mngajar orang. Rasanya, antum lg pndai berbahasa arab drpd ana. Cuma, kali ni, ana nk berkongsi shja dgn antum. 5 + 1 prkataan arab yg ana tau. 5 ayat pertama ni amat mnarik mnat ana krna bg ana, ayat ni ckup indah dan mndalam mknanya. Kata kawan ana, ayat-ayat ni lirik nasyid. Tp, ana pun tak pasti krna tak pernah dgar pun sblum ni. Ana terbaca ayat-ayat ni di laman web iluvislam. Lg 1 ayat yg ana nk kongsi hari ni, ayat yg ana sgt gunakn dlm hdup ana. Ayat yg slalu mmberi pringatan kpd ana wlaupun tak smpai 5 patah perkataan pun. Selamat belajar!


Allah ghoyatuna = Allah tujuan kami
Ar-Rasul qudwatuna = Rasul teladan kami
Al-Quran dusturna = Al-Quran panduan kami
Al-Jihad sabiiluna = Jihad jalan kami
Al-Mautu fi sabilillah asma amanina = syahid cita tertinggi kami
Innallaha ma’ana = sesungguhnya Allah bersama kami


Friday, June 10, 2011

Allah knows the best~





Masya-Allah, brzman sudh ana tak update blog ni. smpai dah bersawang..= ="
hari ni, ana nk share sesuatu dgn antum ape yg kwn ana bg ni.
harapnya dpt mmbntu sesiapa yg dlm ksusahan tu yg sdg mrsekn drinya tak diadili dgn seadil-adilnya..
  
Allah itu Maha Adil. Setiap kesusahan yg diberi akan ada kesenangan dan kegembiraan yg akan dtg dikemudiannya. Bersabarlah sahabatku. Bukankah sabar itu indah…?


ALLAH KNOWS THE BEST





Allah knows what’s the best for us,
So, why we should complain?
We always want the sunshine,
But He knows there must be rain.

We always want laughter,
And merriment of sheer,
But our heart will lose cheerness,
If we never shed a tear.

Allah tests us often,
With suffering and sorrow,
Not to punish us,
But to help us meet tomorrow.

Allah test us often,
And for every pain,
He provide us patient,
Is followed by rich gain.

Whatever we feel that
Everything is going wrong,
It is just Allah’s way
To make us strong..

Thursday, April 28, 2011

BERDOALAH KETIKA BERSUJUD



Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-
“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”
Mendengar itu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?”

Jawab baginda: “Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”

Sahabat Menjawab: “Bahkan !” Rasulullah menyambung: “Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser- seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

“Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud”

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
Wassalam….

Tuesday, April 19, 2011

sahabatku, dengarlah!



Sahabatku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya.
“Sesungguhnya Kami menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian.”
(Surah At-Tin : 4)

Sedarlah sahabatku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adkah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
“Allah akan mengangkat orang yang beriman antaramu dan orang berilmu beberapa darjat.”
(Surah Al-Mujadilah : 11)

Sahabatku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi dengan iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia.

Ketahuilah sahabatku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
“You are the best ummah.”
(Surah Ali Imran : 110)
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.”
(Surah Al-Hujurat : 13)
Jelaskan visi perjalanan,
“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.”
(Surah Al-Baqarah : 201)
Jadikan ilmu sebagai bekalan,
“Bacalah! Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu ynag menciptakan.”
(Surah Al-Alaq : 1-2)
Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”
(Surah Al-Ahzab : 72)
Ketinggian seseorang kerana iman,
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Surah Ali-Imran : 139)

Lantaran itu, carilah reda Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
(usaha x istiqomah – malas) / (masa + yakin) = kejayaan
“Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.”
(Surah Ar-Ra’ad : 11)
“Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa-apa yang diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata : cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian daripada kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami ialah orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).”
(Surah At-Taubah : 59)

Sahabatku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau sabar, reda dan terus berusaha.
Tapi, kau memang bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.

Sahabatku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selama-lamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan.

Berjuanglah sahabatku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di syurga,
Itu adalah janji-Nya..

*dipetik dan diedit daripada novel Tautan Hati oleh Fatimah Syarha..

Monday, April 11, 2011

aurat~

"Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat." Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah swt?
Apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? Setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?

Sabda Rasulullah Saw: Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih  

Batas-Batas Aurat
1. Bulu kening

-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)

-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian

-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada

-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
5. Gigi

-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan

-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan

-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata

-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (suara)

-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan

-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian

-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
12. Rambut

-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

etika berpakaian menurut Islam..
~seindah-indah hiasan adalah wanita solehah~
antara fesyen terkini yang dianggap menutup aurat walaupun sebaliknya tidak..