Thursday, August 25, 2011

ramadan hampir pergi. kita bagaimana?

assalamualaikum..

kaifa halukum? lama benar rasanya ana tak jenguk blog ni. sampai kena sound lagi dengan kawan-kawan suruh update. maaflah, bukan tak nak update. tiada masa. al maklumlah, sejak bergelar pelajar kolej mara banting ni, sibuk je sentiasa. ok, hari ni ana nak bawa antum selusuri semula fikrah kita. 

alang-alang kia berada dalam bulan yang mulia sekarang ni, penghulu segala bulan, ramadan al-karim, ana nak mengajak antum merenung kembali. sekarang ni kita telah pun berada dalam fasa ke 3, fasa terakhir. beberapa hari sahaja lagi ramadan bakal meninggalkan kita. apakah perasaan kita sebenarnya? gembira kerana dah tak perlu puasa? gembira kerana dah nak raya? sedih kerana ramadan akan meninggalkan kita? risau tak dapat berjumpa lagi dengan ramadan akan datang? yang mana satu?

ana sangat sedih apabila melihat kembali bagaimana fenomena akhir ramadan di negara yang kita cintai ni. benar, negara kita memang sebuah negara islam. tapi, sejauh manakah islam itu dipraktikkan? apabila tiba sahaja penghujung ramadan, media-media akan mula mendendangkan lagu-lagu raya. untuk apa? supaya umat islam terus lalai dan alpa. supaya umat islam terus sibuk memikirkan syawal lebih dari ramadan yang sedang berangkat pergi tak lama sahaja lagi.

sedih rasanya apabila ana terdengar lagu raya sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah dari kolej. bukan sedih kerana sayu dah nak raya, tidak. tapi, sedih dengan fenomena yang berlaku sekarang ni. anak-anak kini telah terdidik secara automatik oleh media-media bahawa penghujung ramadan adalah waktu untuk bergembira kerana bakal menamatkan sengsara puasa dan akan menyambut hari raya. perasaan sedih dan risau tak dapat bertemu ramadan lagi pada tahun berikutnya tidak sempat bercambah dalam diri anak-anak ini malah terus mati dibunuh oleh media-media sekarang. mahukah kita anak-anak ini membesar terus dengan mentaliti sebegini? mahukah kita generasi kini akan mewariskan mentaliti tersebut kepada generasi akan datang? mahukah?

cuba kita singkap kembali tirai sejarah. bagaimana reaksi para sahabat apabila tibanya penghujung ramadan. bagaimana? bukankah mereka semua menangis, sedih? bukankah mereka risau jika mereka tidak mampu sampai ke ramadan seterusnya? tapi, bagaimana pula dengan kita? itulah persoalannya yang ana nak bawa dan nak antum serta diri ana sendiri yang jawab kerana jawapan itu hanya ada pada kita. 

benar, ana juga pernah menjadi sebahagian daripada mereka. seronok apabila berada di penghujung ramadan. tapi, itu hanyalah sejarah. kini tidak lagi. jadi, mengapa antum tidak? masih belum terlambat lagi. masih ada beberapa hari lagi ramadan untukdi nikmati kerana sesungguhnya, ramadan ini adalah anugerah dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah tanpa kita sedari. so, jomlah kita tambah amal kita. penuhkan hari-hari terakhir ramadan kita pada kali ini dengan amal ibadah. mungkin, ini adalah ramadan kita yang terakhir kalinya.wallahualam~

4 comments:

  1. "sedih dengar lagu raya.." cool lah! HAHA

    anyways, this is great :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.

    wahh, dah update akhirnya! =D

    emm. mmglah ramadhan akan tinggalkan kita dlm masa beberapa hari je lagi. tapi, mudah2an segala amalan n ketaqwaan kita sepanjang bulan ramadhan ni xkan kita tinggalkan, sebaliknya bawalah ia bersama untuk 11 bulan yg mendatang.

    ReplyDelete
  3. Sedihnya aku cuma dapat sahur kat DS sekali je !!

    ReplyDelete
  4. kau yg xnk pegi. pnat aku kjut.

    ReplyDelete